Selamat datang ke
portal Kolej Jururawat Masyarakat Jerantut. Pertama sekali saya
ingin mengucapkan syabas dan tahniah kerana dengan berkat usaha dan kerjasama
semua pihak maka portal KJMJ telah dapat dilancarkan dengan jayanya. Di
kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Bahagian ICT, Kolej Jururawat Masyarakat Jerantut kerana
telah berjaya membangunkan portal yang berkonsepkan informatif dan
interaktif. Adalah diharapkan semoga portal ini dapat memberi faedah kepada
seluruh warga KJMJ khasnya dan masyarakat amnya.
Di era pembangunan
teknologi maklumat dan komunikasi, agensi kerajaan perlu menyediakan suatu
pendekatan sistem penyampaian yang setaraf dengan tahap pendidikan dan
profesionalisme masyarakat yang semakin meningkat. Laman Web berkonsepkan
portal merupakan aplikasi yang amat berkesan untuk dilaksanakan di agensi
kerajaan termasuk KKM kerana ianya amat fleksibel, cepat, tepat dan meyakinkan.
Selain fungsi dan objektif setiap bahagian, portal ini juga menyediakan
maklumat yang berguna seperti aktiviti, direktori, sebutharga, pekeliling,
sistem email, aduan secara online dan sebagainya untuk diaplikasikan oleh semua
warga KKM, warga KJMJ dan masyarakat.
Akhir sekali, saya mengucapkan syabas kepada pihak yang terlibat membina portal
ini bagi membolehkan KJMJ mengambil langkah-langkah untuk memperkemaskan
dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan ke tahap yang paling optimum.Sekian terima
kasih.
" KESIHATAN UNTUK SEMUA"
" KAMI SEDIA MEMBANTU"
ONG SOON HUA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan