SEJARAH
KOLEJ
Kolej Jururawat Masyarakat Jerantut merupakan Kolej
Jururawat Masyarakat yang pertama di Semenanjung Malaysia. Dulunya dikenali
sebagai Sekolah Latihan Jururawat Desa Jerantut. Ianya mula berfungsi pada tahun 1983 untuk
melatih Jururawat Desa pra perkhidmatan .
Pada masa itu, latihan Jururawat Desa
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian I ditempatkan di Hospital
Mentakab . Bangunan Pusat Latihan Klinikal Jururawat Masyarakat, di Mentakab dibina
pada tahun 1981.
Pelatih menjalani latihan selama 1 ½ tahun dalam
bidang Kejururawatan Am dan Kebidanan. Selepas
1 ½ tahun, pelatih yang lulus Peperiksaan Bahagian I akan dipindahkan ke
Sekolah Latihan Jururawat Desa Jerantut untuk meneruskan latihan Bahagian II
selama 1 tahun. Latihan Bahagian II
adalah khusus untuk bidang Perawatan Kesihatan Awam dan Kebidanan Di Rumah.
Di awal penubuhannya, institusi ini hanya
boleh menampung jumlah pengambilan pelatih yang terhad iaitu 20 orang dengan
seorang pengajar merangkap pegawai yang menjaga dan 2 orang anggota klinikal
terdiri dari seorang Jururawat dan seorang Jururawat Desa yang membantu memberi
latihan kepada semua pelatih. Anggota sokongan yang lain terdiri dari 3
orang Tukang Masak, 2 orang Jaga, seorang Pekerja Rendah Awam dan seorang
Pemandu yang dipinjam dari Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.
PERKEMBANGAN SEMASA
Pada tahun 1990, kedua sekolah ini telah
digabungkan dan pusat pentadbiran ditetapkan beroperasi di Jerantut. Bangunan
asal Kolej ini diubahsuai dari bangunan Pejabat Kesihatan yang telah dibina
pada tahun 1962. Pada waktu itu semua
urusan pentadbiran dijalankan di Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.
Bangunan pusat latihan di Hospital Mentakab
dijadikan Pusat Latihan Klinikal Jururawat
Masyarakat, Mentakab. Perkembangan
ini adalah sejajar dengan pembentukkan kurikulum baru yang dikeluarkan oleh
Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia waktu itu..
Pada tahun 1985, dua (2) bilik telah
ditambahkan iaitu Bilik Kuliah dan Bilik Ketrampilan. Pertambahan perjawatan juga telah diluluskan
di mana seorang Pemandu, seorang Penyelia Asrama dan seorang Jurutaip telah
ditempatkan di Sekolah latihan ini. Pada tahun 1998, tambahan tiga (3) bilik
iaitu Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengarah dan ruang Pejabat Pentadbiran. Pada 1999, tambahan satu (1) bilik iaitu Bilik
Perpustakaan telah terbina hasil ubahsuai di bangunan asrama lama.
Pada tahun 1994, unit Pentadbiran Sekolah
Jururawat Desa telah beroperasi di bangunan sendiri dengan pertambahan anggota
iaitu Seorang Kerani, dan tambahan
seorang lagi pemandu bersesuaian dengan penambahan bilangan pelatih.
Sejak ditubuhkan, Kolej ini adalah di bawah
PTJ Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.
Walaubagaimanapun pada tahun 2004 Kolej ini telah diberikan
tanggungjawab menyelenggara PTJ sendiri dan di bawah penyeliaan Bahagian
Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga sekarang.
PENGAMBILAN
PELATIH
Pengambilan pelatih baru hanya sekali setahun
iaitu pengambilan pada bulan Januari.
Bilangan pelatih di antara 40 – 50 orang sahaja.
Mulai tahun 2005 pengambilan pelatih telah di
tambah antara 60 – 120 orang pelatih dan
pengambilan juga telah dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan
Julai. Pada tahun 2012 pengambilan hanya
sekali iaitu bulan Januari sahaja hingga Januari 2013. Pada bulan Julai 2013
pihak pengurusan bahagian latihan telah menghantar pelatih- pelatih KPSL
seramai 28 orang untuk mengikut program Kursus Peralihan Jururawat Masyarakat
ke Jururawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan